tag:blogger.com,1999:blog-54041883215167341242024-03-13T23:51:17.645-07:00cerita 2 u~ Manuskrip cerita cermin yang diilhamkan untuk dizahirkan kepada umum dalam bentuk maya ~Cemarahttp://www.blogger.com/profile/07419521224594518207noreply@blogger.comBlogger4125tag:blogger.com,1999:blog-5404188321516734124.post-76580065776995574702010-09-10T03:14:00.000-07:002010-09-10T03:15:08.988-07:00Bab Dua
Bila terkenangkan zaman kegemilangan cinta, rindu datang bertandang. Tanpa bertanya khabar ia seolah-olah memberi penyesalan pada hati yang sememangnya kehausan. Aku termenung seorang di tepi jendela bilik tidurku. Apakah yang telah terjadi dalam 5 tahun kebelakangan ini. Banyak peristiwa yang sukar untuk aku tafsirkan maksud dan hikmahnya padaku bila aku sendirian memikirkan nasib diri. Apakah cukup dengan pengorbanan berterusan selama ini atau aku perlu bertindak dari kebiasaan diri. Aku perlu berubah atau sememangnya benar tuduhan itu, yang mana aku memang telah berubah? Segalanya mungkin bukan ?
Rintihan satu suara dalaman belum di tambah dengan rayuan di dalam otakku memikirkan mengapa semua ini perlu aku lalui, apakah aku mampu melepasi ujian Allah ini, atau sememangnya aku lemah. Sebagaimana fitra kejadianku. Hakikat yang sentiasa aku pegang dan prinsip yang tegak menunjang arus kemodenan.... menentang arus dan realiti ini sememangnya pahit tetapi membuahkan kemanisan hati. Agaknya aku ini terlalu merendah diri atau terlalu mengikut kata hati? Agaknya kot...
Bila terkenang pada raut wajah seseorang, hati merasa sakit dan dalam masa yang sama hati merasa rindu. Itulah perkara yang paling sukar buatku dalam mengambil keputusan untuk melupakan dirinya. Apakah aku yang sebenarnya berdegil untuk terus mengingatinya atau aku yang mula terluka akan kebenaran? Sehingga semua ini berlaku. Andai ditakdirkan kami bersama, dapatkah aku menerima segala perbuatan yang telah dia lakukan kepadaku tanpa belas dan tanpa memikirkan kesan mendatang kepada kami berdua. Tetapi kini dia menghilang tanpa khabar dan berita tanpa pesanan dan tanpa ucapan selamat tinggal. Adalah lebih baik dia memberi kata putus antara kami amat berbeza dan memerlukan ruang untuk sama-sama mengisi kekosongan itu dengan ketulusan hati masing-masing, dengan kejujuran kehendak hati.
Sejujur manapun aku kepadanya belum pasti dia akan percaya. Ada masanya aku mencurigai keyakinannya pada diriku. Aku amat pasti kerana dia sentiasa mempertikaikan kemampuanku. Cuma aku bersabar dan ingin sekali bertanya kepadanya adakah dia mampu membuktikan : untuk membesarkan seorang anak seperti seorang ibu yang mempunyai 10 orang anak tetapi belum tentu 10 orang anak mampu menjaga seorang ibu? Inilah kenyataannya.
‘hi....’ Senyuman meleret singgah di mataku dari seraut wajah nan ayu ini.
‘eh? bila kau sampai?’ Aku tersentak dari ingatan kisah lalu. Kedatangan Siti ku sambut dengan senyum nipis di bibir.
‘Jauh menung? Ingatkan orang jauh ke? Yang sudah tu sudahlah. Jangan dikenang hak milik orang.’
‘Bukan mengenang tapi memikirkan.’
‘Samalah tu... kalau tak, takkan kau jadi begini.’
‘Aku tak meminta semua ini ti, aku berharap bukan aku yang alami sekarang ini.’
‘Kau kena sedar hakikat dan realiti ran, aku harap kau dapat terima hakikat.’
‘Hakikat apa ti? Bahawa aku dikhianati orang yang aku percayai selama ini ?’
‘Kau kena ingat ran, semua yang berlaku tentu ada hikmah yang lebih besar untuk kau.’
‘Hikmah supaya aku jadi tak betul ? macam sekarang ?’
‘Mengucap ran. Jangan ikutkan perasaan sangat. Adalah lebih baik, kau pergilah bercuti di mana-mana tempat peranginan. Mungkin itu akan membuat kau tenang.’
‘Kau tahu aku takkan tenang.’
‘Aku percaya kau bijak. Dan kau pasti dapat bertenang.’
‘Ti, aku tidak meminta semua ini berlaku pada ku.’
‘Inilah yang dinamakan kehidupan ran, hakikat dan realiti sememangnya pahit tidak seperti kemanisan ilusi yang selama ini kau kecapi. Aku berharap kau tidak bertindak bodoh. Jangan perbodohkan dirimu dengan apa yang berlaku.’
‘Aku masih perlukan masa Ti, aku belum dapat melupakan segalanya seakan semua begitu pantas berlaku.’
‘Aku juga begitu, berdoa semoga kau cepat kembali seperti asal.’
‘Eh, aku terlupa asyik bersembang dengan kau... apasal kau datang ?’
‘Takkan aku tak boleh lawat kawan yang sedang sakit ?’
‘Siapa yang sakit ?’ Aku tersenyum.
‘Aku datang jenguk kau ran, nak juga tahu perkembangan kau dari sehari ke sehari. Aku bimbang memikirkan kau.’
‘Kau runsingkan aku? Aku tak apa-apa. Aku sihat.’
‘Sihat tu universal Ran. Budak kecik kau bolehlah tipu. Aku tahu kau sihat luaran dalaman?’
Aku menelan air liur. Sukar untuk berdalih lagi depan Ti.
Cemarahttp://www.blogger.com/profile/07419521224594518207noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5404188321516734124.post-79978191987405136202010-08-22T20:50:00.000-07:002010-09-10T03:15:24.609-07:00Bab Satu
"Kalau kau masih mahu hidup, serahkan segalanya padaku."
"Kau silap orang!" Aku menghunus pisau di tangan.
"Eryna!!!" Teriak ibu.
"Kenapa semua orang tidak sayang pada Eryna, ibu?" Soalku sayu dalam kesakitan yang mencengkam jiwa.
"Eryna, bertahan nak... kenapa sampai boleh jadi begini? Apa yang telah terjadi? Ada yang tidak kena?"
"Ibu, maafkan Eryna." Airmataku deras mengalir laju.
"Kau tidak salah apa-apa pun Eryna."
"Eryna tahu, Eryna banyak buat silap. Eryna bukan anak yang baik. Eryna derhaka pada ibu."
"Tidak Eryna, Eryna anak yang baik, cuma Eryna terlalu cantik sehingga pelbagai cabaran dan dugaan Eryna terima."
"Kenapa begini nasib Eryna, ibu?"
"Eryna, sedar sayang.... Eryna jangan tinggalkan ibu. Eryna budak yang baik. Eryna kena tabah. Jangan mengalah. Eryna kena sabar selalu."
"Ibu.... Allahuakhbar!" Kesakitan berulang di tempat pisau tertusuk.
"Eryna... Eryna... bangun sayang... jangan tidur dulu..."
"Maafkan Eryna ibu, halalkan makan dan minum Eryna selama ini." Nafasku tersekat-sekat.
"Jangan tinggalkan ibu, Eryna."
"Ibu."
"Eryna."
Tangisan bersatu.
"Eryna." Farzana membangunkan Eryna yang tertidur di depan laptopnya.
Pantas Eryna memeluk Farzana dalam esakan yang membingungkan sahabatnya itu. Mungkin Eryna bermimpi lagi. Kisah silam yang banyak memberi pengajaran kepada sahabatnya ini.
"Farz, kenapa nasib aku begini?"
"Sudahlah, mimpi tu mainan tidur."
"Aku tidak boleh hidup dalam dunia begini. Aku akan lemah, aku akan sakit. Aku perlu hidup Farz. Aku perlu buktikan anak yang tidak berguna seperti ku ini akan menempah kejayaan dalam hidup."
"Jangan terlalu bersedih, Eryna. Apapun yang terjadi adalah dugaan Allah S.W.T. dan memberi petunjuk kepada kita agar kita dapat menerima hidayahnya dengan betul. Agar tidak terus melakukan kesilapan."
"Tapi... kenapa? kenapa ada yang tidak boleh terima aku. Hanya kau seorang sahabat ku yang sanggup menerima ku. Sedangkan jarak perkenalan kita tidaklah lama, rasanya baru semalam kita bertemu."
"Inilah yang dikatakan hikmah. Hanya pada Allah kita berserah segalanya Eryna. Kehidupan lampau jangan dilupakan, simpan dan biarkan beredar bersama masa. Lambat laun ia akan menjadi satu kenangan."
"Aku tak mampu Farz. Aku tetap bersalah pada ibu."
Farzana membawaku ke sofa. Dia berusaha menenangkan perasaan Eryna.
"Aku ambilkan air, kau duduk dulu."
Aku meneguk air kosong yang dihulurkan oleh Farzana. Peluh yang menitik sebentar tadi ku lap dengan tapak tangan. Deruan nafasku kembali tenang. Mengingati mimpi yang saban hari berulang di alam tidurku membuat aku sentiasa di buru keresahan. Apakah petanda yang ingin diberikan kepadaku. Aku resah gelisah seperti seekor ibu kucing yang kehilangan anaknya.
"Bagaimana, kau dah tenang?"
"Alhamdulillah, aku okey."
"Akibat tidur tak basuh kaki."
"Mana ada."
"Aku peliklah, kau... sejak akhir-akhir ini sentiasa mimpi. Aku bukan tak mahu tanya, tetapi aku mahu kau sendiri yang buka cerita. Apa sebenarnya yang kau mimpikan?"
"Aku takut Farz."
"La... apa yang kau takutkan pula?"
"Aku takut."
"Eryna..."
"Aku tak bersedia untuk berkongsi cerita mimpiku ini Farz. Aku takut kau tidak mahu lagi menjadi sahabat ku."
"Takkan sampai macam tu sekali pula. Dasyat kesan mimpi kau tu kalau jadi begitu."
Aku tersenyum nipis, menyembunyikan kebenaran. tapi sampai bila?
"Tak apalah nanti kau cerita bila kau dah bersedia. Sekarang kita masuk tidur. boleh?"
"Aku tidak berani Farz. Aku takut mimpi tu datang balik."
"Hm... nak takut apa, itukan cuma mimpi. mimpi mainan tidur..."
"Tapi aku tidak mahu menyusahkan kau... kalau kau mahu tidur kau tidurlah. lagipun jam baru 12.30 malam. Aku tidak mahu kau terganggu tidur kerana masalah aku." Ujarku dalam nada seakan merajuk dengan sikapnya.
"Eryna... aku tidak bermaksud begitu." Pujuk Farzana.
"Aku okey, jangan kau risau. Aku sudah terlalu biasa dengan keadaan begini sejak dulu. sejak sebelum kita kenal lagi.
"Eryna, aku bukan nak mempertikaikan mimpi itu mainan tidur, tetapi memang itu kenyataannya."
"Aku mampu terima jika kau rasa begitu. Hanya aku yang tahu sama ada mimpi itu benar atau mainan. Biarkanlah dulu. Kau dah mengantuk tu." Arahku melihat Farzana menguap panjang.
"Betulkah kau tidak apa-apa?"
"Aku okey. Terima kasih sebab bantu bangunkan aku. Aku dapat rasakan seakan mimpi ku tadi itu kenyataan. Allah Maha Besar... rupanya masih lagi aku di beri peluang, untuk tebus kesilapan silam."
Farzana tidak memberi komen, dia berdiri menuju ke bilik tidurnya.
Aku melihat kelibat belakang Farzana menghilang di sebalik pintu bilik.
Aku tergamam seketika.
Fikiranku melayang cuba mengingati kisah silam yang tentunya sejarah telah membuktikan kesilapan akan kembali menuntut bela. Aku mengeluh dan merenung lantai rumah sewa.
Suasana pagi ini cerah selepas semalaman hujan turun dengan lebatnya. Aku sedang menghadap laptop sejak dari waktu imsak pukul 4.39 pagi tadi telah lama berlalu. Perasaan mengantuk menusuk kalbu ku tahan disebabkan sudah semalaman aku tidak dapat tidur akibat mimpi yang bercampur aduk dengan fikiranku . Pagi ini sejuk mencengkam jiwa raga. Dengan suasana riuh dan bising di sekitar kawasan tempat tinggalku kerana berdekatan jalan utama adalah perkara biasa. Mungkin bagi orang lain tidak akan mampu tidur lena akibat bunyi bising sepanjang masa 24 jam.
Kebetulan utusan online sedang aku layari tertera di skrin laptop di hadapanku.
Aku terkejut, lantas terbangun dari lena. Dentuman sebuah kenderaan yang kuat sedang berlalu di atas jalan raya mengganggu lenaku. Mungkin agak lama juga aku tertidur semula tanpa gangguan mimpi-mimpi yang sukar untukku tafsirkan maksudnya ataupun aku belum menemui erti sebenar maksud mimpiku itu. Dalam aku masih keadaan mengantuk, ku buka mata perlahan dan terasa terang benderang dan cahaya putih kelihatan. Benarkah aku di alam nyata atau masih di alam lain? Pantas aku menutup mata semula mengelakkan sinaran cahaya putih. Secara perlahan aku membuka mata dan mengintai di sebalik kelopak mataku, rupanya matahari sudah naik tinggi dan langit kelihatan berwarna putih. Aku segera bangun dan mencapai jam tanganku di atas meja. Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Lebih dua jam sahaja aku tertidur. Eloklah dapat tidur sekejap. Aku menguap sambil membuka pintu bilik ku. Ku capai tuala dan berniat ingin mandi apabila melihat di ruang depan Farzana sedang membaca akhbar.
"Akhirnya bangun juga puteri ini." Ujarnya seakan ada sesuatu yang telah aku tidak peduli.
"Kenapa?" Soalku menggosok mata.
Mindaku bertanya bila pula minah ni pergi beli akhbar? Dia ni kaki malas nak keluar rumah.
"Dari tadi aku ketuk pintu, nanti kau terlepas cik abang pula." Seloroh Farzana.
"Oh, macam tu, ingatkan Amzar dah datang."
"Hm.... " Farzana meneruskan bacaan yang terhenti sekejap.
"Ada apa yang tidak beres?" Soalku. Manalah tahu Amzar benar-benar singgah tadi.
"Amzar telefon tadi, sekejap lagi dia datang."
"Eloklah aku mandi sekejap. Minta dia tunggu ya." Aku cepat-cepat ke bilik mandi.
Aku keluar dari bilik air.
"Farz, bila kau keluar?"
"Kenapa kau tanya macam tu?"
"Nampak kau sedang membaca akhbar, ada berita baik ke?"
"Oh, akhbar ini aku dah mula tempah hari ini. Ada orang hantar tadi."
"Baguslah. Satu perkembangan yang baik. Kau tak ke mana-mana ke hari ini?"
"Aku malas nak keluar puasa-puasa ini. Kau pula janji dengan Amzar nak ke mana?"
"Aku nak cari kain ela kat Jakel Silk, sedang promosi raya sekarang, harga gila-gila. Potongan mencecah 85%."
"Kau borong aku satu, nanti aku bayar."
"Dasar malas nak jalan. Jomlah teman aku dan Amzar keluar." Ajakku tidak mahu keluar bersama Amzar berdua.
"Ah... malaslah, Kau tahu aku minat warna biru. Janji cantik."
"Asal warna biru macam manapun tetap cantik pada kau."
Aku masuk ke bilik memakai pakaian dan semestinya yang terbaru tudung.
Tidak lama kemudian terdengar bunyi kereta berhenti di luar rumah sewaku ini.
Tentu itu Amzar.
"Eryna... Amzar dah datang dia kat bawah sekarang. Tunggu kau." Ujar Lufi dari luar pintu bilikku.
"Ok thanks aku dah nak siap dah ini."
Aku keluar melihat Farzana sedang tersenyum melihatku.
[ada yang tidak kena dengan penampilan baru ku ke?]
"Cantik!" Puji Farzana.
Aku tahu dia terkejut melihat aku bertudung untuk pertama kalinya.
Agaknya bagimana penerimaan Amzar pula.
"Terima kasih. Betul kau tak mahu join kami ke Jakel?" Ajak ku semula. Farzana menggelengkan kepala.
Aku menyarungkan kasut tumit tinggi.
"Hai, nampaknya Amzar makin tambah sayang kat kau."
"Kenapa?" Soalanku lontarkan seketika.
"Aweknya manis bertudung sebagaimana yang selama ini jenuh diusahakannya. Jangan lupa beli juada berbuka nanti." Farzana mengusik penuh makna.
"Ok dulu nanti kita sambung cerita. Aku pergi dulu, nanti menunggu lebih lama cik abang tu kat bawah pula. Kalau ada apa-apa kau telefon aku saja."
Pantas aku turun.
Amzar menungguku di depan keretanya, kemudian mendongak memandangku tanpa berkedip.
Aku melemparkan senyuman penuh makna.
Seharian aku meronda sekitar Alamesra dan 1Borneo berjalan-jalan dengan Amzar walaupun bulan puasa tetapi itu tidak bermakna tidak mampu untuk keluar dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Amzar pula asyik tersenyum meleret melihat gelagat ku yang tidak menang tangan dengan suasana promosi kain di Jakel tadi. Andai boleh aku borong semua sekali, nasib baiklah aku tidak begitu. Bersederhana masih ku amalkan dalam rutin harianku.
"Sampai naik juling mata ku melihat promosi raya jakel silk tahun ini." Ceritaku kepada Farzana sambil sibuk menghidangkan juadah berbuka petang ini.
"Kau tak penat ke?" Soal Farzana sejak tadi mendengar aku bercerita.
"Penat tu usah cakap, tetapi janji cik abang aku tu rajin temankan."
"Memang lagi tambah tambah rajin bila melihat penampilan kau sekarang."
"Ha-ah. Aku tak tahu kenapa Amzar tu tiba-tiba nak melarang aku."
"Apa yang tidak kena?"
"Aku tidak tahu macam mana nak cerita tetapi, aku kena bagi tumpuan pada dia je hari ini, tidak boleh lah aku nak puji orang macam selalu aku buat tu."
"Itu tandanya, Amzar memang sayang sangat dengan kau."
"Aku harap Amzar boleh terima kelemahan aku seadanya."
"Aku nampak selama ini pun memang Amzar berusaha untuk menjadikan kau seorang wanita solehah, kau saja yang selalu buat keras kepala dan buat tidak tahu."
"Ah, iya ke? Aku tak perasan lah pula selama ini sikap ku menjengkelkan cuma selama ini dia hanya nak aku berubah tingkah laku dan penampilan. Itu pun dia menasihatiku dengan cara berhemah. Itu yang aku tidak boleh lupa tu."
"Eh aku nak tanya sikit?"
"Apa dia?"
"Agaknya bila aku boleh merasa nasi minyak kau?"
"La... ke situ pula. Aku belum bersedia lagi. Banyak lagi aku kena buat. Amzar pun tidak pernah memaksa ke arah tu. Lagipun dia pernah kata rancangan ke arah tu memang ada tetapi tidak sekarang, mungkin akan tiba masanya. Mee goreng kau masak?" Soalku melihat Farzana menghidangkan mee goreng.
"Ya. Ingatkan kau lewat sampai. Manalah tahu nak berbuka puasa dengan cik abang, sekali sekala."
"Dah janji dengan kau tadi kan. Lagi pun aku lebih selesa berbuka di rumah. Macam kau tak kenal aku."
"Elok sangatlah tu, dah jadi isteri nanti, suami sayang dapat isteri macam kau."
"Tahu tak apa. Kau pula macam mana? Tak terfikir nak menamatkan zaman solo kau tahun ini?" Soalku. Farzana kelihatan terdiam seketika.
"Erm... rasanya aku nak makan nasi minyak kau dulu."
"Tazim tak ada khabar ke?"
Farzana menggeleng.
"Farz?" Panggilku, melihat perubahan di wajahnya soalan tidak ku teruskan. Aku dapat merasakan mendung di wajahnya dan mungkin dia akan menangis lagi bila sebut tentang Tazim. Aku mengusap tangannya memohon maaf.
"Sudahlah, jom kita berbuka. Azan pun dah kedengaran." Ajakku menghilangkan rasa bersalah mengungkit kisahnya tanpa sengaja. Farz seorang sahabat yang perahsia.
Hidangan berbuka petang ini, kuih muih, air batu campur dan mee goreng. Hm, sedap!
Jam di laptop menunjukkan 12.02 pagi, aku tidak dapat melelapkan mata sejak dari berbuka. Aku duduk melayan internet dengan laptop jenama Acer keluaran tahun 2007 Aspire 3680. Perut terasa lapar, aku ke dapur mencari mee goreng yang dijadikan juadah berbuka petang ini. Sambil melayari internet aku menyuap makanan ke dalam mulut dan menunggu air dalam kettle mendidih untuk membuat nescafe panas. Dalam hati dah berniat untuk bersahur, itupun jika dapat tidur pagi ini. Jika tidak nampaknya kena bangunkan tuan puteri Farzana untuk bersahur sama, sekali lagi. Tentu Farzana sedang tidur dan bermimpi. Sambil menikmati makanan aku tersenyum sendiri mengingati gelagat Amzar siang tadi. Macam budak kecil dapat gula-gula melihat aku macam nak telan aje.
"Eryna... " Panggilan lembut dari Amzar yang berbentuk pertanyaan menyapa cuping telinga ku selepas memasuki keretanya.
"Eryna tahu, Amzar tentu tak percaya." Balasku.
"Bukan begitu maksud Amzar."
Aku menanti jawapan seterusnya.
"Amzar bersyukur sangat Eryna dah mula berubah ke arah yang lebih baik."
Aku tersenyum.
"Kenapa senyum je ni, tak mahu kata apa-apa?"
"No komen."
"Amzar suka melihat penampilan baru Eryna buat permulaan ini. Sesuatu yang diluar jangkaan Amzar sendiri. Macam mana Eryna boleh terfikir nak memakai tudung sekarang?"
Aku maklum maksud soalan Amzar kali ini. Selama ini berbuih mulutnya meminta aku memakai tudung, aku tidak pernah endahkan tetapi hari ini, sejak beberapa hari yang lalu akibat mendapat mimpi yang berulang membuat aku terfikir, kenapa benda baik yang di minta liat sangat hendak aku buat. Kenapa benda yang tak elok mudah sangat orang ikut.
"Apa lagi yang merunsingkan fikiran tu?"
Aku senyum lagi.
"Jangan senyum saja, jawablah pertanyaan Amzar tadi."
"Yang mana satu tu?" Usikku.
"Buat tak faham pula."
"Suatu masa nanti, Insya'Allah andai kita ada jodoh Eryna akan ceritakan. Bukan sekarang, Sekarang bagi masa pada Eryna untuk bertenang dan menyerap perubahan ini dulu."
"Wah, lamanya nak tunggu."
"Ada manis dan hikmahnya, kenapa penantian diperlukan."
"Dah pandai berfalsafah pula sekarang ye."
"Sifu yang handal ada di sisi."
Amzar tertawa senang.
"Macam budak kecil dapat gula-gula." Bisikku sendirian. Aku tersenyum, menyedari sikap Amzar lebih berlembut dan senang dengan diriku. Alhamdulillah, bulan Ramadhan menjanjikan sesuatu yang manis untukku. Tiba-tiba...
Aku mendengar esakan kecil dari bilik tidur Farzana. Aku tahu dia tidak tidur kerana sekejap tadi kedengaran deringan telefon bimbitnya. Tentu panggilan telefon dari Tazim yang sekarang berada jauh di depan mata. Hanya jarak yang memisahkan mereka.
"Farz?" Aku mengetuk dinding yang memisahkan bilik antara kami.
Senyap. Aku menggaruk kepala yang tidak gatal.
"Sudah-sudahlah tu Farz. Tak usah bazirkan airmata tu."
Cemarahttp://www.blogger.com/profile/07419521224594518207noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-5404188321516734124.post-83138289504776922942010-08-20T03:45:00.000-07:002010-08-21T08:10:21.188-07:00Assalamualaikum
Kepada pembaca sekalian,
Kedatangan anda berkunjung ke laman ini amat di alu-alukan, laman ini adalah untuk bacaan umum dan komen yang membina diterima. Namun begitu, cetak rompak tulisan di laman ini adalah di'haram'kan sama sekali.
Selamat membaca dan semoga teruja selalu.
by
cermincempoaCemarahttp://www.blogger.com/profile/07419521224594518207noreply@blogger.com