Jumaat, 10 September 2010

Bab Dua

Bila terkenangkan zaman kegemilangan cinta, rindu datang bertandang. Tanpa bertanya khabar ia seolah-olah memberi penyesalan pada hati yang sememangnya kehausan. Aku termenung seorang di tepi jendela bilik tidurku. Apakah yang telah terjadi dalam 5 tahun kebelakangan ini. Banyak peristiwa yang sukar untuk aku tafsirkan maksud dan hikmahnya padaku bila aku sendirian memikirkan nasib diri. Apakah cukup dengan pengorbanan berterusan selama ini atau aku perlu bertindak dari kebiasaan diri. Aku perlu berubah atau sememangnya benar tuduhan itu, yang mana aku memang telah berubah? Segalanya mungkin bukan ?

Rintihan satu suara dalaman belum di tambah dengan rayuan di dalam otakku memikirkan mengapa semua ini perlu aku lalui, apakah aku mampu melepasi ujian Allah ini, atau sememangnya aku lemah. Sebagaimana fitra kejadianku. Hakikat yang sentiasa aku pegang dan prinsip yang tegak menunjang arus kemodenan.... menentang arus dan realiti ini sememangnya pahit tetapi membuahkan kemanisan hati. Agaknya aku ini terlalu merendah diri atau terlalu mengikut kata hati? Agaknya kot...

Bila terkenang pada raut wajah seseorang, hati merasa sakit dan dalam masa yang sama hati merasa rindu. Itulah perkara yang paling sukar buatku dalam mengambil keputusan untuk melupakan dirinya. Apakah aku yang sebenarnya berdegil untuk terus mengingatinya atau aku yang mula terluka akan kebenaran? Sehingga semua ini berlaku. Andai ditakdirkan kami bersama, dapatkah aku menerima segala perbuatan yang telah dia lakukan kepadaku tanpa belas dan tanpa memikirkan kesan mendatang kepada kami berdua. Tetapi kini dia menghilang tanpa khabar dan berita tanpa pesanan dan tanpa ucapan selamat tinggal. Adalah lebih baik dia memberi kata putus antara kami amat berbeza dan memerlukan ruang untuk sama-sama mengisi kekosongan itu dengan ketulusan hati masing-masing, dengan kejujuran kehendak hati.

Sejujur manapun aku kepadanya belum pasti dia akan percaya. Ada masanya aku mencurigai keyakinannya pada diriku. Aku amat pasti kerana dia sentiasa mempertikaikan kemampuanku. Cuma aku bersabar dan ingin sekali bertanya kepadanya adakah dia mampu membuktikan : untuk membesarkan seorang anak seperti seorang ibu yang mempunyai 10 orang anak tetapi belum tentu 10 orang anak mampu menjaga seorang ibu? Inilah kenyataannya.

‘hi....’ Senyuman meleret singgah di mataku dari seraut wajah nan ayu ini.
‘eh? bila kau sampai?’ Aku tersentak dari ingatan kisah lalu. Kedatangan Siti ku sambut dengan senyum nipis di bibir.
‘Jauh menung? Ingatkan orang jauh ke? Yang sudah tu sudahlah. Jangan dikenang hak milik orang.’
‘Bukan mengenang tapi memikirkan.’
‘Samalah tu... kalau tak, takkan kau jadi begini.’
‘Aku tak meminta semua ini ti, aku berharap bukan aku yang alami sekarang ini.’
‘Kau kena sedar hakikat dan realiti ran, aku harap kau dapat terima hakikat.’
‘Hakikat apa ti? Bahawa aku dikhianati orang yang aku percayai selama ini ?’
‘Kau kena ingat ran, semua yang berlaku tentu ada hikmah yang lebih besar untuk kau.’
‘Hikmah supaya aku jadi tak betul ? macam sekarang ?’
‘Mengucap ran. Jangan ikutkan perasaan sangat. Adalah lebih baik, kau pergilah bercuti di mana-mana tempat peranginan. Mungkin itu akan membuat kau tenang.’
‘Kau tahu aku takkan tenang.’
‘Aku percaya kau bijak. Dan kau pasti dapat bertenang.’
‘Ti, aku tidak meminta semua ini berlaku pada ku.’
‘Inilah yang dinamakan kehidupan ran, hakikat dan realiti sememangnya pahit tidak seperti kemanisan ilusi yang selama ini kau kecapi. Aku berharap kau tidak bertindak bodoh. Jangan perbodohkan dirimu dengan apa yang berlaku.’
‘Aku masih perlukan masa Ti, aku belum dapat melupakan segalanya seakan semua begitu pantas berlaku.’
‘Aku juga begitu, berdoa semoga kau cepat kembali seperti asal.’
‘Eh, aku terlupa asyik bersembang dengan kau... apasal kau datang ?’
‘Takkan aku tak boleh lawat kawan yang sedang sakit ?’
‘Siapa yang sakit ?’ Aku tersenyum.
‘Aku datang jenguk kau ran, nak juga tahu perkembangan kau dari sehari ke sehari. Aku bimbang memikirkan kau.’
‘Kau runsingkan aku? Aku tak apa-apa. Aku sihat.’
‘Sihat tu universal Ran. Budak kecik kau bolehlah tipu. Aku tahu kau sihat luaran dalaman?’
Aku menelan air liur. Sukar untuk berdalih lagi depan Ti.