Ahad, 22 Ogos 2010

Bab Satu

"Kalau kau masih mahu hidup, serahkan segalanya padaku."
"Kau silap orang!"  Aku menghunus pisau di tangan.
"Eryna!!!"  Teriak ibu.
"Kenapa semua orang tidak sayang pada Eryna, ibu?"  Soalku sayu dalam kesakitan yang mencengkam jiwa.
"Eryna, bertahan nak... kenapa sampai boleh jadi begini?  Apa yang telah terjadi?  Ada yang tidak kena?"
"Ibu, maafkan Eryna."  Airmataku deras mengalir laju.
"Kau tidak salah apa-apa pun Eryna."
"Eryna tahu, Eryna banyak buat silap.  Eryna bukan anak yang baik.  Eryna derhaka pada ibu."
"Tidak Eryna, Eryna anak yang baik, cuma Eryna terlalu cantik sehingga pelbagai cabaran dan dugaan Eryna terima."
"Kenapa begini nasib Eryna, ibu?"
"Eryna, sedar sayang.... Eryna jangan tinggalkan ibu.  Eryna budak yang baik.  Eryna kena tabah.  Jangan mengalah.  Eryna kena sabar selalu."
"Ibu.... Allahuakhbar!"  Kesakitan berulang di tempat pisau tertusuk.
"Eryna... Eryna... bangun sayang... jangan tidur dulu..."
"Maafkan Eryna ibu, halalkan makan dan minum Eryna selama ini."  Nafasku tersekat-sekat.
"Jangan tinggalkan ibu, Eryna."
"Ibu."
"Eryna."
Tangisan bersatu.
"Eryna."  Farzana membangunkan Eryna yang tertidur di depan laptopnya.
Pantas Eryna memeluk Farzana dalam esakan yang membingungkan sahabatnya itu.  Mungkin Eryna bermimpi lagi.  Kisah silam yang banyak memberi pengajaran kepada sahabatnya ini.
"Farz, kenapa nasib aku begini?"
"Sudahlah, mimpi tu mainan tidur."
"Aku tidak boleh hidup dalam dunia begini.  Aku akan lemah, aku akan sakit.  Aku perlu hidup Farz.  Aku perlu buktikan anak yang tidak berguna seperti ku ini akan menempah kejayaan dalam hidup."
"Jangan terlalu bersedih, Eryna.  Apapun yang terjadi adalah dugaan Allah S.W.T. dan memberi petunjuk kepada kita agar kita dapat menerima hidayahnya dengan betul.  Agar tidak terus melakukan kesilapan."
"Tapi... kenapa?  kenapa ada yang tidak boleh terima aku.  Hanya kau seorang sahabat ku yang sanggup menerima ku.  Sedangkan jarak perkenalan kita tidaklah lama, rasanya baru semalam kita bertemu."
"Inilah yang dikatakan hikmah.  Hanya pada Allah kita berserah segalanya Eryna.  Kehidupan lampau jangan dilupakan, simpan dan biarkan beredar bersama masa.  Lambat laun ia akan menjadi satu kenangan."
"Aku tak mampu Farz.  Aku tetap bersalah pada ibu."
Farzana membawaku ke sofa.  Dia berusaha menenangkan perasaan Eryna.
"Aku ambilkan air, kau duduk dulu."
Aku meneguk air kosong yang dihulurkan oleh Farzana.  Peluh yang menitik sebentar tadi ku lap dengan tapak tangan.  Deruan nafasku kembali tenang.  Mengingati mimpi yang saban hari berulang di alam tidurku membuat aku sentiasa di buru keresahan.  Apakah petanda yang ingin diberikan kepadaku.   Aku resah gelisah seperti seekor ibu kucing yang kehilangan anaknya.
"Bagaimana, kau dah tenang?"
"Alhamdulillah, aku okey."
"Akibat tidur tak basuh kaki."
"Mana ada."
"Aku peliklah, kau... sejak akhir-akhir ini sentiasa mimpi.  Aku bukan tak mahu tanya, tetapi aku mahu kau sendiri yang buka cerita.  Apa sebenarnya yang kau mimpikan?"
"Aku takut Farz."
"La... apa yang kau takutkan pula?"
"Aku takut."
"Eryna..."
"Aku tak bersedia untuk berkongsi cerita mimpiku ini Farz.  Aku takut kau tidak mahu lagi menjadi sahabat ku."
"Takkan sampai macam tu sekali pula.  Dasyat kesan mimpi kau tu kalau jadi begitu."
Aku tersenyum nipis, menyembunyikan kebenaran.  tapi sampai bila?
"Tak apalah nanti kau cerita bila kau dah bersedia.  Sekarang kita masuk tidur.  boleh?"
"Aku tidak berani Farz.  Aku takut mimpi tu datang balik."
"Hm... nak takut apa, itukan cuma mimpi.  mimpi mainan tidur..."
"Tapi aku tidak mahu menyusahkan kau... kalau kau mahu tidur kau tidurlah.  lagipun jam baru 12.30 malam.  Aku tidak mahu kau terganggu tidur kerana masalah aku."  Ujarku dalam nada seakan merajuk dengan sikapnya.
"Eryna... aku tidak bermaksud begitu." Pujuk Farzana.
"Aku okey, jangan kau risau.  Aku sudah terlalu biasa dengan keadaan begini sejak dulu.  sejak sebelum kita kenal lagi.  
"Eryna, aku bukan nak mempertikaikan mimpi itu mainan tidur, tetapi memang itu kenyataannya."
"Aku mampu terima jika kau rasa begitu. Hanya aku yang tahu sama ada mimpi itu benar atau mainan.  Biarkanlah dulu.  Kau dah mengantuk tu."  Arahku melihat Farzana menguap panjang.
"Betulkah kau tidak apa-apa?"
"Aku okey.  Terima kasih sebab bantu bangunkan aku.  Aku dapat rasakan seakan mimpi ku tadi itu kenyataan.  Allah Maha Besar... rupanya masih lagi aku di beri peluang, untuk tebus kesilapan silam."
Farzana tidak memberi komen, dia berdiri menuju ke bilik tidurnya.  
Aku melihat kelibat belakang Farzana menghilang di sebalik pintu bilik.
Aku tergamam seketika.
Fikiranku melayang cuba mengingati kisah silam yang tentunya sejarah telah membuktikan kesilapan akan kembali menuntut bela.  Aku mengeluh dan merenung lantai rumah sewa.